Saturday 15 March 2014

Tidak Mungkin Sempurna

Aku gadis biasa.
Yang tidak punya apa.
Masih bertatih mencari redha,
Masih mentafsir erti bahagia.
Tidak pula bergaya.
Tidak merasa dan kadangkala
tidak peduli apa kata orang padanya.

Hidup bukan untuk membuat orang suka,
Kerana redha Allah bukan pada redhanya manusia.

Jika aku leka, tegurlah.
Jika aku lupa ingatkanlah.
Kerana aku hanyalah gadis biasa.
Yang tidak pernah mungkin sempurna.



teratak cinta hati
15032014
1133



No comments:

Post a Comment