Wednesday 30 October 2013

Luahan Rasa.

Angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa
Ibrat malam tanpa pelita
Membicarakan kata hati yang meronta
Hati merota tika diri tertanya
Adakah benar cinta itu bertakhta
Di lubuk hati yang kian meronta..

Cinta itu buta.

Hadirnya tidak dipaksa
Tiba-tiba ia boleh dirasa
Rasa yang tidak di paksa
Kehadirannya membuatkan aku tertanya,
"Adakah benar itu cinta"..





Monday 28 October 2013

Aku Dan Sepertiga Malam

Aku menguasai sepertiga malam
Bercengkerama dengan pohon sepi
Bergelimpangan di lantai sayap
Suara mematah seribu ranting
Seperti gelas pecah setelah pergaduhan di dapur.

Aku sempurnakan tahajud

Dalam wangian cinta
Dengan memperkecil diri dan hati
Serendah-rendahnya
Agar Tuhan di depan
Ku rasa tinggi tak tertandingi.

Doa dari sejuta mawar

Yang disukai malaikat juga bidadari syurga
Ku lantunkan agar TuhanTidak lupa memberi keampunan
Dan hidup sentiasa menapaki padang kudus
Yang dipenuhi keredhaanNya
Bak kilau dari bening embun
Sewaktu matahari tekun memeriahkan pagi..






Sunday 13 October 2013

Di Pintu Benar.



Ketika menyelak daun kehidupan
Terpantul tanya pada kebenaran.
Apa yang benar tersirat kebenaran
Apa yang salah dalam perlakuan..


Merenung makna hidup
Dialah hakim yang sebenar
Kita selalu lupa akan janji Nya
Setiap gerak amal perbuatan


Pagi tengah hari senja redup

Malam membenam kisah
Manusia ditimpa gelisah..

Menentukan salah dan benar

Si pelaku dilumuri onar
Sang pelakon dilumpur cemar..

Benar terpantul kerana kebenaran

Salah terpancul kerana kesalahan
Manusia sering lalai juga alpa
Niat tujuan hidup dalam kehidupan..

Segala-galanya akan dicatatkan

Pada kertas iman dan buku amal
Pelaksanaannya pada peribadatan
Jauhi kegelisahan resah kesedihan..