Monday 28 April 2014

Zaman Kecik Punya Cerita.

Semenjak jadi penganggur yang berjaya ni kan, banyak masa dan ruang yang ada ni digunakan hanya untuk termenung. Bukan nak muhasabah diri, ye dok? 
*hantuk kepala dekat dinding*
Bukan apa, tiba-tiba aku rasa macam ''baru tersedar'' yang aku ni dah 21 tahun.
Bukan la nak cakap yang selama ni aku perasan yang aku ni budak-budak, tapi macam cepatnya masa berlalu!
Rasa macam baru semalam aku jawab soalan UPSR.
Ok, yang ini memang aku tipu.
Tetiba la kan terkenang la balik dari zaman aku kecik sampai la zaman remaja remaji ni. Belum tua lagi tahu!
*putar piring hitam*

Zaman dimana bila aku tertidur kat sofa, akibat penat asah colour pensel sampai kasi tajam, penat kira colour pensel Luna cukup ke tak 12 batang,
penat susun colour pensel ikut susunan dari colour pensel hitam ke putih,
*wa dulu-dulu memang skema, tak susun ikut tanda dia buat tu memang wa rasa hidup tak sempurna*
cehh sangat statementnya, kahkah :D

*Google Image, sebab kuku aku tak panjng macam tu,*
Kalau aku tengah kecik ni mesti aku susun balik colour ni!


so, encik abah akan angkat aku bawak masuk bilik. Time tu rasa macam princess la kononnya.
Nasib berat aku time tu boleh la dikatakan berat yang ideal! Berupaya la untuk diangkat.
Memandangkan rumah aku rumah teres dua tingkat, makanya lebihan kudrat untuk mengangkatnya ya banyak juga yaa.
Kadang tu, masa tengah naik tangga, aku tersedar jugak dari tidur time ayah aku angkat. Tapi takkan nak cakap ''abah, stop stop. Orang dah bangun.''
Jadi apa yang aku buat, pura-pura tidur.
Drama queen gilaa. Haha
Apapun, thanks to encik abah :')
Ahh rindunya zaman dulu!
*tears drop*
T.T
Kalau sekarang ni, nak dibandingkan berat aku dengan dulu agak-agak kalau enchik abah angkat ni dah boleh jadi ahli bina badan kott!

Itu satu cerita. 
Yang ini pulak, zaman sekolah rendah dulu kan kita kene isi dalam kad ape tah namanya, yang cita-cita kita nak jadi apa bila dah besar nanti?
Ada kan? Kalau tak ingat mohon hantuk skali lagi kepala dekat dinding. Hee
Waktu tu apa yang aku tulis. . .


1. Doktor
Dulu cita-cita aku nak jadi doktor, sebelum aku kenal apa itu Biologi, Kimia, Fizik dan sebagainya.
Doktor antara pilihan yang paling femes orang nak jadi. Kalau ada 40 student waktu tu, 40 tu lah akan tulis nak jadi doktor, kalau termasuk hangpa 41!

2. Polis
Ini gara-gara aku terpengaruh dengan cerita Gerak Khas. Ala yang kat tv2 tu.
Agak-agak ada jenayah pukul 9.15 malam, pukul 9.40-9.45 malam dah dapat tangkap penjenayah dia. Wajib! Haha
Kalau tak ada iklan lagi cepat penjenayah tu kene cekup.
Mulut pulak bising je cakap, "Ha, tembak la dia'' ''Dia sorok kat belakang tu, takkan tak nampak'' dan macam-macam lagi.
Tahap kritikal bilamana aku rasa macam nak masuk je dalam tv tu, nak tolong deme tangkap penjenanyah tu.
Padahal dah tersedia script dieorang. Biasalah budak-budak lagi time tu.
Innocent je.
Kononnya lagi nak jadi macam Inspector Haliza la, kononnya.



3. Guru
Cita-cita yang satu ni memang kelakar sikit. Sebabnya aku pilih sebab aku dah tak tahu nak taruk apa.
Kiranya dah mati akal nak pilih apa. Ini je yang aku rasa pilihan terbaik yang aku ada.
*rasa macam ini je la pekerjaan yang wujud kat Malaysia waktu tu la*
Alahaii.. budak sangat!
:')


Yang ini lain pulak ceritanya. Aku ada sorang kakak. Memandangkan beza jarak usia kitaorang tak adalah jauh sangat, 2 tahun je, boleh la dikatakan rapat.
Tapi, tak jugakk. -_____-
Waktu kecik kan, main punya main akan tiba satu turning point dia akan gaduh.

Aku tak tahu la tabiat pelik ke ape. Sebabnya bila aku gaduh dengan akak aku, mesti, aku akan pergi kat penjuru dinding, *sambil buat gaya orang nak berbisik* then cakap 'kamu jangan kawan dengan dia tau', dekat dinding tu. Kira macam aku berbisik kat dinding tu la.
Yup. memang macam tak betul kan.
Nasib tak masuk Hosp. Tanjung Rambutan lagi waktu tu.
Kalau dah besar ni bila pikir balik rasa macam nak sorok diri dalam almari.
*tunggulah almari tu roboh baru aku keluar*
Malunya lahaii.
 >.<
Ke korang pun sama. Cakap la sama, cakap la.
At least tak adalah aku rasa macam aku ni janggal semacam.
Tapi itu waktu kecik. Sekarang alhamdulillah tak ada dah perangai peliks tu.
Hihi

Saturday 12 April 2014

Yang Dicari

Yang dicari walau bukan petera raja, biarlah putera agama.
Yang diimpi biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang dinanti bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi andai tak sama dengan kehendak hati, InsyaAllah ku redha dengan ketetapan Ilahi.




12042014






Wednesday 19 March 2014

Menghitung Hari





Sempena fatrah imtihan ini,
selamat menyedut ilmu sebanyak-banyaknya,
selamat bersengkang mata menghadap buku yang beratus-ratus patah tu.

Tapi,

Jangan lupa tajdid niat sebelum study.
hadirkan hati dan jiwa bersama.
moga kejayaan mengiringi kita semua.

Man jadda wajada,
kerana tiada kejayaan yang datang bergolek.


'Sahaja aku study kerana Allah Taala'

Bye.
:)



Saturday 15 March 2014

Tidak Mungkin Sempurna

Aku gadis biasa.
Yang tidak punya apa.
Masih bertatih mencari redha,
Masih mentafsir erti bahagia.
Tidak pula bergaya.
Tidak merasa dan kadangkala
tidak peduli apa kata orang padanya.

Hidup bukan untuk membuat orang suka,
Kerana redha Allah bukan pada redhanya manusia.

Jika aku leka, tegurlah.
Jika aku lupa ingatkanlah.
Kerana aku hanyalah gadis biasa.
Yang tidak pernah mungkin sempurna.



teratak cinta hati
15032014
1133



Friday 14 February 2014

Ukhuwah ini.

Di malam yang kelam.
Di bawah sinaran bulan.
Bersaksi bintang yang berselerakkan.

Ya.
Seperti hari ini.
Ukhuwah kita terjalin mesra.

Ingat lagi o6o214?
Satu lagi memori telah tercipta.


Terima kasih.
Untuk ukhuwah ini.
Untuk segalanya.

Untuk setiap detik.
Yang kita lalui bersama.
Yang kita luangkan bersama.

Sungguh--

I love you, Sahabat.

14o214.
oo27.









o6o22o14. 

Thursday 6 February 2014

Bintang Hilang Kerdipan..

Akulah bintang yang kehilangan sinar
Saat bulan datang mengambang
Akulah bintang kepudaran cahaya
Saat bulan hadir bertapa.

Akulah bintang tidak bermaya

Saat bulan mampir di singgahsana
Akulah bintang yang tak pantas di cinta
Saat bulan mengharap cinta sang dewa..

Dan itulah aku,

Bintang yang hilang kerdipan itu..









Thursday 16 January 2014

Dan Masih Menanti


Kehidupan ini
Ibarat roda yang berputar tanpa henti
Seketika di atas yang bisa membangga diri
Seketika di bawah terasa hinanya diri ini..
Dan aku masih di sini
Kehidupan yang sama masih aku jalani
Masih menanti seperti dahulu
Walaupun waktu telah berlalu meninggalkan aku..

Dan aku masih menanti
Pada kehidupan yang belum pasti
Apakah aku bisa menjadi orang yang dihormati 
Atau hanya bisa menjadi pengemis di jalanan sepi..
Dan aku terus di sini
Dengan sejuta harapan diimpi
Bisakah impian itu aku kecapi
Namun tiada jawapan yang mampu ku beri..

Dan aku masih di sini
Walaupun ramai yang terus mencaci
Walaupun sering diri dimaki
Aku masih utuh berdiri menggenggam seribu janji..
Dan apa yang pasti
Segala impian di hati
Akan ku gapai walaupun hanya angan-angan ilusi mimpi
Kerna aku yakin pada diriku ini..