Sunday 1 December 2013

Aku Belajar.


Aku belajar

Melupakan kisah silam
Yang sarat dengan dendam
Dari api yang tak mungkin padam..

Aku belajar

Mengharungi hari ini
Yang penuh teka teki
Kerna waktu belum lagi terhenti..

Aku belajar

Menghargai hari esok
Yang banyak lagi tersorok
Memanggilku untuk menjenguk..

Aku berlari

Jauhnya tak bertepi
Tak ku peduli kaca dan duri
Yang melukai diri..

Aku melangkah

Dalam keadaan pasrah
Tak ku hirau harapanku musnah
Yang membuatkan ku semakin tabah..

Aku belajar

Mencintai dan dicintai
Menerima dan memberi
Tertawa dan tangisi
Setiap detik dan setiap hari
Dari semua yang ku pelajari...















Thursday 14 November 2013

Mata Hati Ini


Ku tanya hati
ku tepuk dada sendiri
manakah hala perjalananku ini?
terasa sangsi masih ku belum mengerti
adakah aku dilanda laluan pasti?

bertanyaku pada bayu yang menumpang jalan

apakah berita yang suci dari sempadan?
berikan petunjuk hidayah dan pesanan
bawakan doaku terus ke takhta pangkuan..

berbalas pandangan mataku

dengan sang bulan
bagaikan bicara
mengharapkan pengertian
moga disusun bintang yang berselerakan
menjadi landasan laluan perjalanan..

ku tanya hati

apakah bisa aku dikhianati
dengan kata hati yang tidak pasti
atau akukah yang tidak mengerti
betapa berharganya hati yang suci..

subhanallah..

indahnya hati pemberian Allah
akan ku jaga biarpun payah
akan ku hias dengan sifat mahmudah
akan ku singkir sifat mazmumah..








Wednesday 30 October 2013

Luahan Rasa.

Angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa
Ibrat malam tanpa pelita
Membicarakan kata hati yang meronta
Hati merota tika diri tertanya
Adakah benar cinta itu bertakhta
Di lubuk hati yang kian meronta..

Cinta itu buta.

Hadirnya tidak dipaksa
Tiba-tiba ia boleh dirasa
Rasa yang tidak di paksa
Kehadirannya membuatkan aku tertanya,
"Adakah benar itu cinta"..





Monday 28 October 2013

Aku Dan Sepertiga Malam

Aku menguasai sepertiga malam
Bercengkerama dengan pohon sepi
Bergelimpangan di lantai sayap
Suara mematah seribu ranting
Seperti gelas pecah setelah pergaduhan di dapur.

Aku sempurnakan tahajud

Dalam wangian cinta
Dengan memperkecil diri dan hati
Serendah-rendahnya
Agar Tuhan di depan
Ku rasa tinggi tak tertandingi.

Doa dari sejuta mawar

Yang disukai malaikat juga bidadari syurga
Ku lantunkan agar TuhanTidak lupa memberi keampunan
Dan hidup sentiasa menapaki padang kudus
Yang dipenuhi keredhaanNya
Bak kilau dari bening embun
Sewaktu matahari tekun memeriahkan pagi..






Sunday 13 October 2013

Di Pintu Benar.



Ketika menyelak daun kehidupan
Terpantul tanya pada kebenaran.
Apa yang benar tersirat kebenaran
Apa yang salah dalam perlakuan..


Merenung makna hidup
Dialah hakim yang sebenar
Kita selalu lupa akan janji Nya
Setiap gerak amal perbuatan


Pagi tengah hari senja redup

Malam membenam kisah
Manusia ditimpa gelisah..

Menentukan salah dan benar

Si pelaku dilumuri onar
Sang pelakon dilumpur cemar..

Benar terpantul kerana kebenaran

Salah terpancul kerana kesalahan
Manusia sering lalai juga alpa
Niat tujuan hidup dalam kehidupan..

Segala-galanya akan dicatatkan

Pada kertas iman dan buku amal
Pelaksanaannya pada peribadatan
Jauhi kegelisahan resah kesedihan..