Sunday 13 October 2013

Di Pintu Benar.



Ketika menyelak daun kehidupan
Terpantul tanya pada kebenaran.
Apa yang benar tersirat kebenaran
Apa yang salah dalam perlakuan..


Merenung makna hidup
Dialah hakim yang sebenar
Kita selalu lupa akan janji Nya
Setiap gerak amal perbuatan


Pagi tengah hari senja redup

Malam membenam kisah
Manusia ditimpa gelisah..

Menentukan salah dan benar

Si pelaku dilumuri onar
Sang pelakon dilumpur cemar..

Benar terpantul kerana kebenaran

Salah terpancul kerana kesalahan
Manusia sering lalai juga alpa
Niat tujuan hidup dalam kehidupan..

Segala-galanya akan dicatatkan

Pada kertas iman dan buku amal
Pelaksanaannya pada peribadatan
Jauhi kegelisahan resah kesedihan..





No comments:

Post a Comment